BH:Budak maut terpelanting atas pokok

•August 25, 2010 • Leave a Comment

Khairul Arif, enam tahun, maut dengan mayatnya tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila sebuah rumah yang digunakan untuk simpan bunga api dan mercun meletup. Kejadian ini berlaku sekitar 12.30 tengah hari di Kampung  Seberang Baroh. Selain daripada Khairul, dua orang lelaki pun dalam keadaan berlumuran darah. Letupan itu telah merosakkan rumah jiran kira-kira 20 meter dari kejadian itu.

Pada pendapat saya, orang-orang tidak sepatutnya simpan mercun di dalam rumah mereka kerana kemalangan boleh berlaku. Kesalahan lelaki itu telah cederakan dua orang lelaki dan membunuh seorang budak lelaki. Saya pun merasa kasihan terhadap budak lelaki itu kerana dia tidak bersalah dan mayatnya terpelanting hingga ke atas pokok dan kepalanya terhancur.

Percutian saya di Australia Barat

•July 8, 2010 • Leave a Comment

Pada Disember yang lalu, saya dan keluarga saya pergi ke Australia Barat untuk percutian kami. Saya pergi ke Perth untuk melawat pak cik dan mak cik saya. Sementara di sana, keluarga saya hendak ke tempat yang kami boleh bersiar-siar dan lebih menujukkan kerana di Perth sedang musim panas. Ibu bapa saya memikir untuk pergi ke Albany kerana tempatnya lebih sejuk dan ada tempat untuk bersiar-siar. Selepas keluarga saya sampai di Albany,kami pergi ke “Whale World”. “Whale World” adalah tempat untuk melihat ikan paus. Di Albany,tempatnya sejuk dan anginnya segar. Saya harap saya boleh bersiar ke Australia Barat sekali lagi.

Poster Berbudi Bahasa

•April 16, 2010 • Leave a Comment

Lim Bo Seng

•April 8, 2010 • Leave a Comment

Lim Bo Seng adalah seorang wira Singapura yang telah menolong untuk mengintai dokumen askar Jepun semasa peperangan Singapura. Dia telah mendapat banyak dokumen Jepun dan mendidik ramai orang untuk menjadi pengintai. Tetapi semasa peperangan Singapura, dia tertangkap oleh askar Jepun. Apabila askar Jepun menangkap Lim Bo Seng, mereka menyeksanya tetapi dia masih tidak memberitahu mereka maklumat mengenai kumpulan pengintainya. Tetapi selepas 4 bulan selepas Lim Bo Seng ditangkap askar Jepun, dia telah meninggal dunia. Selepas penyerahan Jepun dari Singapura, Lim Bo Seng digelar seorang wira Singapura. Lim Bo Seng

Petra

•March 4, 2010 • Leave a Comment

Petra adalah tempat kaya dengan sejarah in Jordan. Ia adalah terkenal untuk reka bentuknya. Salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru adalah Petra. Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Yordania. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan sembilan tahun sebelum Masehi sampai dengan tahun ke-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.

 

File:Entrance to Petra.JPG

      Bangunan “Treasury” di Petra                                                             Gerba masuk ke Petra

Sepak takraw

•September 28, 2009 • Leave a Comment

Sepak  takraw adalah sejenis permainan dua pasukan yang ada tiga pemain dalam sebuah pasukan. Permainan  sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan (belum habis)

(Karangan Bebas)-Abang saya

•June 29, 2009 • Leave a Comment

Syafiq berasa sedih terhadap abangnya yang sedang baring di atas katil hospital. Khairul sedang menghadapi cedera yang parah di seluruh badanya. Dia dilanggar sebuah motosikal untuk tolak adiknya ke tepi . Syafiq menyesal untuk tidak berhati-hati semasa dia mengguna telefon bimbit di tepi jalan raya. Syafiq ingat sebelum abangnya dilanggar motosikal, dia selalu berasa iri hati terhadap abangnya kerana abangnya lebih pandai dan bagus dalam sukan. Kalau Khairul memberi nasihat kepada Syafiq, Syafiq tidak mempedulikan kepada nasihat abangnya.

Syafiq tidak sedar bahawa abangnya saling menjaga dia walaupun Syafiq menunjuk sikap yang buruk terhadap abangnya. Sekarang Syafiq menyesal kerana dia tidak boleh meminta maaf kepada abangnya kerana abangnya yang tidak sedarkan diri. 1 bulan sudah lepas.

Doktor menelefon keluarga Khairul untuk memberitahu mereka berita yang baik. Keluarga Khairul sampai di hospital. Syafiq berasa amat gembira kerana dia nampak abangnya yang sedang duduk di atas katil hospital. Syafiq berlari ke arah abangnya dan memeluknya. Khairul tidak sangka yang adiknya bersikap baik kepada dia. Syafiq meminta maaf kepada abangnya. Selepas hari itu, Syafiq dan Khairul menggunakan masa mereka untuk belajar dan keluar bersama.

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat

•April 1, 2009 • Leave a Comment

Tempat: Istana Mckenzie, France
Masa: 20:36 ,10hb Mac 2050
Pelakon 1: Muhammad Hang Frank Tuah
Pelakon 2:Abdul Hang Chaplin Jebat

Tuah baru dapat ‘sms’ dari Raja Mckenzie untuk membunuh Jebat. Tuah naik basikalnya yang canggih dan mencari Jebat. Tiba-tiba, Tuah ternampak Jebat di dalam ‘McDonalds’. Tuah menyuruh Jebat keluar dan dia hendak berlawan.

Jebat:Chis!! Siapa yang hendak ganggu patik bila patik sedang makan?!?
Tuah:Hmm!! Patik adalah sahabat kamu dulu. Saya adalah Tuah.
Jebat:Tidak!! Tuah telah dibunuh oleh Raja Mckenzie!!
Tuah:Saya Tuah!! Saya masih hidup, Jebat. Percayalah saya.

Jebat mengeluarkan dan menunjukkan kerisnya kepada Tuah.

Jebat:Tidak!! Saya tidak akan percaya kamu!! Saya tahu. Kamu dihantar Raja Mckenzie untuk bunuh saya?!
Tuah:’Wow’, kamu teka dengan betul!! Syabas!!
Jebat:Hmm!! Chis!! Yah!!!
Tuah: Kamu tidak akan menang perlawanan ini!! (Berlari ke arah Jebat dan menunjukkan kerisnya kepada Jebat)
Jebat:Oh!! Kamu hendak membunuh aku untuk Raja Mckenzie..Tuah, aku sanggup mati untuk sahabatku. Bunuh aku sekarang!!
Tuah:Tidak!! Saya tidak boleh menang dengan cara kamu.
Jebat:Tuah!! Saya sanggup mati untuk kamu.(Berlari ke arah Tuah)
Tuah:Maafkan saya Jebat.(Menikam Jebat dengan kerisnya)

Badan Jebat dibawa oleh Tuah. Tuah memberi badan Jebat ke Raja Mckenzie dan Tuah berlari. Tuah tidak dinampak oleh sesiapa selepas kejadian itu..

SeLaMaT DaTaNg

•January 20, 2009 • 1 Comment

Selamat datang ke sesawang saya. Saya harap saya dapat berkongsi dan berkawan dengan orang-orang yang saya tidak kenali.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.